Cuaca di musim sejuk sememangnya sangat dingin. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang sangat kencang, perghh…memang calang-calang orang boleh bertahan. Eloknya duduk di rumah mendengar ceramah =)
Tempoh hari aku berjumpa dengan Mr.41. Sudah lama kami tidak bersua muka. Al-maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan yang tersendiri. Kami bersembang tentang banyak perkara.
Mr. 41 bercerita..
Suatu ketika ada suatu bencana yang melanda sekelompok remaja di Colarado, ramai yang terkorban dek bala bencana itu. Sebagai mengenang hari yang bersejarah itu, mereka yang terselamat menghantar bunga dan menulis nota kecil pada memorial yang dibina khas.
Ada satu nota kecil yang bertulis:
“God, why don’t you save these young people?”
Dibawahnya terselit jawapan balas kepada nota berkenaan
“God : Because I’m not allowed in school anymore”
Setiap kali aku ceritakan cerita ini kepada rakan-rakan, ada pelbagai reaksi. Kebiasaanya mereka akan senyum, bahkan ada yang ketawa.
Well..kita mungkin ketawa bilamana mendengarnya buat kali pertama. Tetapi bila kita hayati dan renungi jawapan itu, maka pasti kita akan sedar akan kebenarannya. Betapa dalam kehidupan ini semakin ramai yang melupakan Tuhan pemilik alam. Terlalu sibuk memperjuangkan hak asasi manusia sehingga lupa hak Tuhan.
Fikir-fikirkan.
{ 0 comments }